Monday, March 7, 2022

Update : Kerja Kerja Penambahbaikan Maahad Tahfiz

Alhamdulillah kerja-kerja penambahbaikan Maahad Tahfiz melibatkan pembinaan tembok pagar,baikpulih dewan kelas pengajian,pemasangan mozek dalam masjid yang bermula pada awal desember 2021 hingga lah ke sekarang masih berjalan dengan lancar.semua gerak kerja ini adalah hasil sumbangan derma wakaf individu,ngo,badan kerajaan,dan masyarakat awam luar dan setempat.Jazakallah atas sumbangan yang berterusan

Bagi sahabat-sahabat yang ingin infak atau wakaf pihak kami masih lagi memerlukan sumbangan untuk menyambung projek pembinaan tembok pagar yang masih memerlukan dana sekitar Rm40,000.00. bagi menyiapakan tembok pagar yang masih berbaki keluasan 350 kaki persegi.bantuan dari segi bahan binaan juga kami terima contoh Pasir Ikat,Pasir Melas,,Batu Kotor,Besi Y10,Semin Ikat,Bata Press,dan sebagainya

Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati serta memudahkan segala urusan kita baik di dunia atau akhirat.

Sebarang pertanyaan atau maklumat berkaitan diatas boleh berhubung dengan : Ustaz Aizat Hassan 0145028972

Pemasangan Mozek Ruang Solat Masjid

Pemasangan Mozek Ruang Solat Masjid


 Pembinaan Tembok Pagar


Pembinaan Tembok Pagar


                                                               Pembinaan Tembok Pagar


Pembinaan Tembok Pagar 


Pembinaan Tembok Pagar


Dewan Kelas Pengajian


Dewan Kelas Pengajian


Dewan Kelas Pengajian


Dewan Kelas Pengajian


Dewan Kelas Pengajian


Dewan Kelas Pengajian



Wednesday, October 27, 2021

Plan Lantai Bangunan Baru Kantin DAN Rumah Guru Maahad Tahfiz








ALHAMDULILLAH HASIL SUMBANGAN DERMA AWAM TERKUMPUL SEHINGGA KINI 28-10-2021 RM45,000 (EMPAT PULUH LIMA RIBU RINGGIT) MASIH LAGI BERBAKI RM55,000 (LIMA PULUH LIMA RIBU RINGGIT) UNTUK PEMBINAAN FASA 1 RM100,000 (SERATUS RIBU RINGGIT) YANG AKAN DILAKSANAKAN PADA AWAL FEB 2022

 

Thursday, June 24, 2021

Suasana Persekitaran Madrasah

                                           Pintu Masuk Ke Madrasah
                                           Rumah Guru
                                           Sekitar Halaman Madrasah
                                           Ruangan Asrama Dan Tanas
                                           Ruangan Asrama
                                            Masjid Dan Kelas Pengajian
                                           Masjid Dan Kelas Pengajian
                                           Kantin
 

Thursday, April 22, 2021

Kempen Infaq Rm10 Jumaat Sepanjang Ramadhan 1442H

  "Wahai Sheikh Tahir, aku melihat rezeki kamu murah sekali. Apa amalan kamu?" ❓

.

"Kalau kamu mahu Allah murahkan rezeki, jangan tinggal TIGA perkara."

.

1. Bacalah Surah Al-Waqiah setiap malam. 🌙

2. Jangan pernah tinggal solat sunat Dhuha. 🌥️

3. Jangan pernah tinggal Sedekah. 💰

.

Lalu murid tadi bertanya;

.

"Saya ini jenis yang malas. Kalau antara tiga perkara itu, saya mahu buat satu sahaja maka yang mana?"

.

"Jangan pernah tinggal Sedekah."


----------------------------


Tuan-puan, manfaatkan bulan Ramadan ini sebaiknya dengan amalan bersedekah. Jangan biarkan Ramadan berlalu tanpa kita bersedekah.

.

Maahad Tahfiz Darul Quran Al Islami membuka peluang kepada para dermawan untuk sama-sama kita berinfaq untuk pembinaan Rumah Guru dan Kantin baru untuk pelajar. 


Semoga Allah menerima segala amalan kita di bulan yang mulia ini. In shaa Allah 🤲🏻