Tuesday, November 27, 2012

Sesi Ceramah Motivasi Minggu Kedua Oleh Ustaz Abdul Baseet Che Mat (UAB) Imam Muda Musolla Hj Saleh (27/11/2012)









Ceramah Motivasi Oleh 

Al-fahdil ustaz Abdul Baseet che mat (UAB)

Tajuk

Adab-adab Dan Akhlak Sebagai Muslim Mencontohi Rasulillah

Sesi Ceramah Motivasi Minggu Kedua Oleh Penceramah Jemputan Tuan Haji Azmi Abdullah Imam Muda Masjid Slow Machang (25/11/2012)








Penceramah Motivasi Jemputan 

Tuan Hj azmi bin Abdullah Imam Muda Masjid Slow Machang

Tajuk

Kelebihan Dan Kebaikan Orang-orang Yang Membaca Dan Menghafal Al-Quran

Thursday, November 22, 2012

Sesi Ceramah Motivasi Mingguan Oleh Ustaz Zulkifli (20.11.2012





Tajuk ceramah motivasi mingguan ustaz zulkifli adalah Asas-asas Pengenalan ilmu tauhid

antara topic yang di bincangkan ada lah
  • Pengenalan Tauhid
  • Mengenali nama-nama Allah
  • Mengenali nama-nama 25 nabi

Friday, November 16, 2012

Sesi Ceramah Motivasi Oleh Ustaz Ahmad Rifaie (17.11.2012)







Alhamdulillah sesi pertama progrem kem hafiz berjalan dengan jayanya.Terima kasih pada ustaz-ustaz dan juga pelajar-pelajar kerana memberi kerjasama yang sebaiknya untuk menjayakan progrem Ceramah motivasi pagi ini.Terima kasih tidak terhingga juga pada ustaz jemputan kita ustaz ahmad rifaie kerana sudi bersama kami disini dengan pengisian yang penuh bermakna buat kami dengan tajuk ceramah beliau Ibadah solat harian sebagai muslim..antara topic yang dibincangkan hari ini adalah

  • Pengenalan solat 
  • Rukun-rukun solat
  • Kelebihan solat berjemmah
  • Bacaan dalam solat
  • Cara berwuduk dengan betul
  • Cara-cara menunaikan solat dengan betul
  • Wajib dan sunat dalam solat
  • Cara-cara mengkhusyukkan diri dalam solat
Insyaallah progrem seterusnya akan menyusul selepas magrib pada mlm ini.pelajar-pelajar akan bersama ustaz-ustaz dari Kolej sultan ismail petra(kias) untuk Progrem Bahasa Arab dab Juga Qiam.

Monday, October 22, 2012

Kem Tahfiz Al-Quran (Cuti Sekolah Tahun 2012)


Jadual kem tahfiz al-quran akan bermula pada

15-11-2012 sehingga 15-12-2012

Pendaftaran dibuka mulai 7-11-2012 sehingga 15-11-2012



KEMUDAHAN YANG DISEDIA :

1.  MASJID
2. KELAS PENGAJIAN PENGAJIAN
3. BILIK PENGINAPAN
4. PADANG PERMAINAN
5. KANTIN 
6. BILIK AIR 


PERALATAN YANG PERLU DIBAWA :

1. AL-QURAN @ BUKU IQRA' 
2. 2 PASANG JUBAH ( WARNA PUTIH)
3. SERBAN & KOPIAH
4.  BAJU MELAYU
5. PENYANGKUT BAJU
6. SELUAR TRACK
7. BAJU & KASUT SUKAN
8.  BANTAL
9. KAIN SELIMUT
10. TILAM @ ALAS TIDUR
11. ALAT-ALAT KEBERSIHAN DIRI SPRTI BERUS GIGI, SABUN, SYAMPU DLL
12. BUKU & ALATULIS


Sunday, July 29, 2012

Tadarus Al-Quran SAtu Ramadan





PENGAJIAN 15 HARI RAMADAM

Tadarus beramai-ramai mengantikan Pengajian Harian pelajar-pelajar MTDQAI dibulan puasa.untuk bulan puasa semua pengajian al-quran secara hafal ataupon talaqi diberhentikan buat seketika semperna bulan puasa.aktiviti pengajian di bulan puasa hanya tertumpu kepada tadurus beramai-ramai.tadarus bermula dari waktu subuh sehingga lah ke waktu asar.diwajibkan satu juz sehari untuk pelajar bertadarus.kita doakan semoga dengan progrem sebegini dapat mendedahkan ilmu al-quran untuk pelajar-pelajar yang sudah pandai atau masih belajar.setiap pelajar yang banyak hafalannya diwajibkan untuk mengetuai tadarus secara bergilir-gilir

Friday, June 8, 2012

Minggu Sukaneka Selepas Peperiksaan

 Team Pelajar
 Team Ustaz

                                     
 Perlawanan Bola Sepak Antara Team Ustaz VS Team Pelajar


Selepas dua minggu Pelajar-pelajar MTDQAI memerah otak untuk menghadapi peperiksaan pertengah tahun.kami pihak pengurusan MTDQAI bersama Team ustaz telah mengadakan acara sukaneka untuk menghiburkan pelajar-pelajar sebelum dibenarkan pulang untuk bercuti selama satu minggu(cuti semester)
i-allah pihak pengurusan Blog MTDQAI akan mengupload semua gambar aktiviti yang tertera dibawah.Terima kasih kepada pelajar-pelajar kerana memberi sokongan anda semua kepada kami selaku pihak pengurusan MTDQAI dan juga Team ustaz.semoga semangat dan perjuangan yang kita semua lalui ini akan membuatkan kita lebih bersemangat untuk memartabatkan al-quran dibumi allah ini

Aturcara sukaneka MTDQAI
Bola berkain pelekat
Bola padang
Sepak Takrow
Larian extrem
Siup tepung
Baling buat kelapa
Siup belom
Sambut menyambut Belom berisi air
Tarik Tali
Bawa bola pimpong dengan sudu
Isi air dalam botol

Pertandingan qari al-quran
Pertandingan syarahan
Pertandingan nyasid
Pertandingan lakonan

Wednesday, June 6, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun MTDQAI 2012






 Gambar kenangan bersama pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan pertengah tahun 2012.Alhamdulillah peperiksaan berjalan dengan jayanya.Syukur pada Allah swt yang mempermudahkan segala-galanya.Terima kasih tidak terhingga juga kepada Ustaz abd basset,Ustaz ahmad syihan,Ustaz ridhwan,Ustaz syibli kerana berjaya melaksanakan segala gerak kerja untuk persediaan peperiksaan pelajar-pelajar.Moga kalian semua mendapat rahmat dan keberkatan dalam berdakwah dari ilahi

Madah-madah Imtihan

1.Al-Quran Syafawi/Al-quran Tahriri
2.Tajwid Syafawi/Tajwid Tahriri
3.Fiqh Syafawi/Fiqh Tahriri
4.Akhlak Syafawi/Akhlak Tahriri
5.Jawi Syafawi/Jawi Tahriri
6.Al-Bagdadi Syafawi/Al-Bagdadi Tahriri

Sunday, April 29, 2012

Mtdqai Memerlukan dana untuk membeli dua buah van

                                                                           Contoh 1
                                                                         Contoh 2

Bismillah..Maahad tahfiz darul quran al-islami slow machang bercadang untuk membeli dua buah van jenis Vanette C22 yang tafsiran kasarnya bernilai antara RM15-20 ribu setiap satu..jadi pihak kami memerlukan sekurangnya RM30-40 Ribu..buat masa sekarang pihak kami masih lagi kekurangan dana untuk mendapatkannya.jadi kami pihak Maahad Tahfiz ingin Memohon sebarang sumbangan zakat atau derma dari pihak Tuan puan muslimin dan muslimat semua..untuk maklumanTuan Puan muslimin dan muslimat,kami disini mempunyai 70 orang pelajar.Kami juga sering mendapat perhatian dan undangan dari masyarakat setempat khususnya apabila melibatkan kematian(solat jenazah).majlis bacaan yasin.majlis tahlil,majlis mengaji al-quran,dan sebagainya..masalah yang kami  hadapi iyalah  pengankutan.insyallah dengan hadirnya sumbangan zakat atau derma dari pihak tuan puan muslimin dan muslimat dapatlah kami menabur khidmat kami sebagai pelajar hafiz kepada masyarat setempat yang memerlukan khidmat kami..

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah(Sedekah), sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". ( Al-Baqarah : 261 ) 



Friday, February 24, 2012

Maahad Tahfiz Darul Quran slow machang berwajah baru








Terima kasih kepada penaja diatas sumbangan Tuan tuan kepada pihak sekolah,semoga Allah memurahkan Rezeki kalian..takbir!!!!