Sunday, November 10, 2013

Kem Tahfiz Al-Quran 2013



Sebarang pertanyaan mengenai kem tahfiz 2013 boleh call terus puan hajjah hasiah 0139225534.borang boleh diambil di maahad tahfiz bagi yang berminat

Tujuan progrem ialah melatih pelajar-pelajar untuk berdikari dan lebih dekatkan diri kepada allah dan mengamalkan segala ajaran yang di tinggal  nabi muhammad.jadi pesanan untuk ibu bapa.tinggal kan sekejap kesenangan dan keselesaan yang ada dirumah untuk anak-anak anda .biarkan mereka merasai kehidupan sebenar berjemaah agar mereka tahu perjalan hidup yang sebanar dan di redhoi oleh allah  

Tuesday, October 22, 2013

Update !!! Kem Tahfiz Al-Quran Cuti Sekolah 2013

Alhamdulilah akan berlangsung progrem kem tahiz al-quran sesi 2013dalam masa terdekat ini..progrem yang sekian lama berlangsung di MTDQAI bermula dari tahun 1997 sehinggalah sekrang 2013.masih lagi menanti tarikh yang sesuai dari tuan mudir untuk di iklankan.sama3 nantikan

Wednesday, September 4, 2013

Kenangan Ramadhan 2013 Tadarus + Iftor + Solat Berjemaah






Alhamdulillah Kenangan Ramadhan yang tidak dapat dilupakan Tadarus,berbuka dgn sedikit buah kurma dan kuih,solat berjemaah,makan nasi.Buat kali pertamanya Pelajar-pelajar berpuasa di madrasah selamat 20 hari yang sebelum ini hanya 15 hari sahaja.Terima kasih Juga kepada muslimin dan muslimat yang sudi menaja makanan berbuka untuk pelajar-pelajar mtdqai sepanjang bulan ramadhan lalu.jazakkallah.jumpa lagi ramadhan tahun hadapan

Thursday, August 8, 2013

Kelebihan Orang Yang Menghafaz Al Quran


Al Quran merupakan Kalamullah yang di turun kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk membawa kesejahteraan kepada umatnya di dunia dan juga di akhirat. Banyak kelebihan bagi orang yang membaca Al Quran. Begitu juga bagi orang yang menghafaz Al Quran, Allah akan memberi 2 ganjaran iaitu ganjaran di dunia dan di akhirat.
Ganjaran di dunia
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)

Thursday, April 11, 2013

Terima kasih

Biasmillah..kami warga Mtdqai mengucapkan jutaan terima kasih kepada Syarikat koprat,persendirian dan juga muslimin dan muslimat yang sudi menderma untuk progrem baik pulih masjid maahad tahfiz yang kami lancarkan pada dua bulan lepas..insyaallah proses fasa pertama baik pulih akan dimulakan dalam masa terdekat.doa kami kepada para pernderma moga allah melimpahkan rezeki yang berterusan kepada kalian semua..jazakallah

Monday, February 4, 2013

Mohon Bantuan Menambah Baik Pulih Masjid Maahad Tahfiz Darul Quran Al-Islami


Bismillah Memohon sumbangan Derma,Zakat,Atau Berupa Barang-barang dari muslimin muslimat semua untuk menambah baik pulih masjid maahad tahfiz yang selama ini menjadi tempat permbelajar al-quran pelajar-pelajar MTDQAI.kos baik pulih yang di perlukan ialah sebanyak RM50 000 (Lima pulih ribu ringgit).kos ini melibatkan baiki pulih tingkap masjid dan pemasangan bumbung baru mengantikan bumbung lama yang telah mengalami kebocoran yang teruk.sebarang sumbang muslimin muslimat semua bolehlah disalurkan ke akaun maahad Tahfiz Darul Quran Al-Islami yang tertera dibawah


BANK ISLAM BERHAD

DIATAS NAMA

TETUAN MAAHAD DARUL QURAN AL-ISLAMI

NO AKAUN 03027010035219